Followers

Sunday, January 19, 2014

serba-serbi


assalamualaikum..

akhirnya.. akhirnya setelah hampir 5 tahun mengembara di bumi kedah, tamat juga sesi menyedut pelbagai ilmu di sana. alhamdulillah, syukur ya Allah.. ya 5 tahun, lama kan.. plus minus zaman matrik skali sebenarnya HAHA :P

dulu-dulu, makcik pakcik pesan, duduk lama-lama kat sana jangan cari orang sana. nanti walimahnya jauh nun di sana. letih 8jam duduk straight dalam kreta nanti. ehem jangan risau. aku ni tak reti berkawan. dah ada sorang, yang tu jela wa hadap, yang tu jela wa tahan. ah cerita lama, tak usahlah dikenang. nanti meranalah badan. tak gitu? kekekek~


yeahh enjoy the problems kikikiki. alkisahnya bila dah sampai zaman sekarang ni, ehem nak sedap bunyi dia orang panggil penganggur terhormat ehem ehem.. biasala, aku ni memang la suka duduk rumah. kalau bagi pilihan nak pegi huha ke or duduk rumah, wa memang pilih nombor dua. sebab, err kaki aku ni cepat lenguh bila jalan lelama. letih mak oi jangan la bagi aku semput. alamatnya malam nanti wa sapu minyak panas hot hot punya kat kaki ni ngehngeh~





tapi bila lama sangat duduk rumah, saya bosan. bosan bosan bosan. hmm nak dapat kerja sekarang bukan senang kan? betul kan? aku apply sana sini, setiap hari bukak emel. hampa mak hampa. takpe, positifff. belum sampai rezeki.. ehem disebabkan bosan tahap baqhang duduk rumah ni, aku pun cuba-cuba la apply keje macam selalu cuti sem aku keje (watson, guardian n dot dot). dan yang seronoknya keputusan ini dibangkang sehebatnya oleh ayahanda tercintaku uhuk uhuk. ayah tak bagiiiii, cari keje opis katanya. dia kata, jangan risau, nanti ayah bagi duet bulan-bulan uwaaaa T.T kalau la dia tahu macam mana susahnya nak cari keje sekarang ni sobsobss~


takpe naz, jangan putus asa. percaya dengan allah. ada aturan yang terbaik untuk kau. hasbunallahu wa ni'mal wakil. positif, sabar dan jangan cepat melatah. yang paling penting, tolong sayang diri sendiri muahmuah



keep smiling, keep praying.
wish the best for our life.
much love,
ellina <3

2 comments:

Cik Fiza Comel said...

aminnn. inshaaAllah ada je rezeki keje nnt. akak doakan. hee. doakan kak fiza jugak tauu :)

ellina said...

aminnnn.. gudluck kak pzah :)