Followers

Monday, February 11, 2013

insyaallah

assalamualaikum..

di hari mulia, terkenang daku kepada si dia.. eh ehh menyanyi pulak kite nii, ish malu >.< *gedik. ehem, nak masuk macam macam mood ni, lagu apa yang sesuai eh? cmna rentak yang kena ikut ni? *konpius saya -.-

hm, kadang apa yang kita usaha, tak semuanya boleh buat senyum lebar kan. asal senyum sikit dah memadai. macam ND lala cakap, "hak kita usaha, hak allah menentukan". biasala manusia.. cuma aku ada sikit terkilan. tak pasti terkilan sebab apa. tapi yang pasti ada terdetik perasaan sayu tu. sedihh.. setiap manusia ada dugaan masing masing. mungkin ini bahagian aku. ada lagi orang yang kena dugaan hebat dari aku. 

bukan tak cuba terima, tapi hati ni dah tawar. kesian orang yang tak salah dipersalahkan. bukan aku nak macam tu tapi keadaan... berharap orang tu paham. bila melibatkan orang orang penting dalam hidup aku, memang payah nak buat keputusan. susahh.. yang pasti aku tau yang dalam keadaan sekarang aku takleh cepat melatah. fikir dengan tenang, selesaikan secara matang :)

alhamdulillah, bila positif, hati ni makin tenang. tula mujarabnya bila fikiran kita macam tu kan kan. tade hamba kat bumi Allah ni yang tak dapat ujian dan dugaan. doakan semuanya lancar. aku sangat perlukan kekuatan dariMu ya Allah :')

till then, salam

No comments: