Followers

Saturday, February 23, 2013

dari hati

assalamualaikum..

bercakap pasal hati ni memang payah. kadang kita tak sedar sikap dan perangai kita buat orang lain sakit hati. kalau nak orang hormat kita, cuba la hormat orang lain dulu. betul? yee, permulaan sem ni pun dah mula menguji kesabaran aku. sejauh mana aku boleh bertahan dengan kehidupan. mungkin aku sendiri yang tak cuba nak paham diri sendiri, orang lain dan keadaan sekeliling. tapi jauh sudut hati dah lama aku maafkan kau :)

SEMESTER TERAKHIR, ye semester terakhir, insyaallah. aku bersyukur adanya kawan kawan suka duka gelak nangis bersama. aku cuba senyum walau susah untuk aku lupakan segalanya. kenangan tetap tinggal kenangan. memori selama 5semester akan ku pahat di dalam memori. walaupun sekarang boleh kata kita dah macam orang asing tapi persaudaraan antara kita takan putus. 

bukan hati ni tak terasa. aku pun macam manusia biasa. silapnya aku suka memendam. pendam segalanya sampai benda tu makan diri. nak luah takut terasa, tak luah sakit hati. bak kata mama 'kawan ni memang macam macam jenis. ada yang boleh buat kawan, buat la dan blablabla' . ye macam macam jenis. setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan. macam tu jugak aku. 

semua ni pengalaman. pengalaman ni yang mengajar kita erti kehidupan. pengalaman jugak mematangkan kita. Allah dah aturkan perjalanan terbaik untuk hidup kita. kita percaya Allah, insyaallah semuanya berjalan dengan baik. 

#semoga aku tabah teruskan semua ni, insyaallah...

No comments: